Sunday 28 July 2013

Cerita di sebalik kisah – En. Tanat Usahawan Tani Peria




En. Tanat merupakan seorang usahawan tani yang bergiat menjalankan aktiviti penanaman sayur di sebuah kebun seluas beberapa ekar di tepi lereng bukit di Jitra, Kedah. Kami diperkenalkan kepada beliau oleh seorang penduduk kampung yang juga pengedar baja IMPRA di kawasan tersebut. Dengan kesempatan yang ada, kami melawat beliau di kebunnya dan membuat pemerhatian tanaman yang diusahakannya. Pada masa itu, kebun beliau dipenuhi dengan tanaman peria seluas setengah ekar dan pokok peria di dalam peringkat pembesaran. Setelah diberi penerangan oleh kami berkenaan kebaikan menggunakan baja cecair IMPRA, beliau bersetuju untuk menggunakan IMPRA Concentrated ke atas tanaman peria yang beliau usahakan tersebut. Kami menerangkan aturan penggunaan dan jadual pembajaan yang perlu untuk memastikan hasil dapat dikeluarkan secara maksima bagi meningkatkan pengeluaran.


Pokok masih hijau dan berbunga selepas 15 kali tuaian.


Selepas sebulan, kami datang kembali ke kebun sayur beliau untuk melihat hasil penggunaan baja cecair IMPRA Concentrated ke atas tanaman peria. Melihat kepada senyuman yang diukir menyambut kedatangan kami, dapat diagak berita gembira yang ingin disampaikannya. En. Tanat dengan nada ceria memberitahu kami bahawa sayur perianya masih mengeluarkan bunga dan daun masih hijau walaupun sudah 15 kali mengutip hasil. Pada masa kedatangan kami pada hari tersebut adalah kali ke 15 beliau mengutip hasil. Pada kebiasaannya, beliau hanya dapat mengutip hasil paling maksima sembilan ke sepuluh kali. Beliau amat berpuas hati dengan penggunaan baja cecair IMPRA Concentrated dan dengan hasil yang ditunjukkan dengan pengeluaran bertambah hampir 50 peratus dari sebelumnya.

Nantikan seterusnya cerita di sebalik kisah En. Tanat dengan kebun cilinya pula…

Thursday 25 July 2013

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1434H



























Pada hari ini 17 Ramadan 1434H, hari jumaat yang penuh barakah, penghulu segala hari, umat islam menyambut Nuzul Al-Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah satu detik penting di dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, diturunkan secara berperingkat-peringkat sehingga ianya menjadi lengkap sebagaimana yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran merupakan sebesar-besar mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai An- Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Az-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Bersama-samalah kita menghayati Al-Quran agar ia memberi kita banyak panduan dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim, dan seterusnya beramal dengan isi kandungannya sampai bila-bila. InsyaAllah.