Wednesday 19 March 2014

SHARM FERTIGASI

NO-41-A, KM 12, SIMPANG EMPAT, 06650, ALOR SETAR, KEDAH
NO. TEL : 019-4364 633/017-4999 132

Fertigasi merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture production system). Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti cili merah. Timun, melon, tomato, zukini, terung, kacang bendi, capsicum dan straberi yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar bawaan tanah.

Teknologi penanam tanaman terpilih menggunakan kaedah fertigasi sekiranya dilaksanakan dengan betul menjanjikan pulangan balik modal pelaburan yang singkat. (info mardi)

 Anda berminat untuk mencuba kaedah fertigasi untuk bercucuk tanam? Di dalam artikel ini kami ingin kongsikan bersama anda satu lagi tapak semaian di sebelah utara tanahair yang mengusahakan tanaman secara fertigasi iaitu Sharm Fertigasi di Simpang Empat, Alor Setar. Pengusaha tapak semaian ini iaitu En. Mohamad Hisham, mula menjadi usahawan sayur-sayuran fertigasi sejak tahun 2006. 


Nurseri ini menempatkan pelbagai anak pokok termasuk sayur-sayuran seperti cili, terung, tomato, sawi dan lobak merah. Selain membekalkan anak pokok dan pokok, Sharm Fertigasi turut menjual pelbagai kelengkapan fertigasi seperti peralatan dan baja. Produk IMPRA juga boleh diperolehi ditapak semaian ini.


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.

Wednesday 12 March 2014

CORDYLINE ENTERPRISE

PT 19118, JLN BESAR, KG DATO' ABU BAKAR BAGINDA, BANDAR BARU BANGI.
NO. TEL : 013-2243482
GPS : 2.947648, 101.738044



Tapak semaian ini terletak di Bandar Baru Bangi, dan berdekatan dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bagi warga Bangi, Putrajaya atau Kajang boleh berkunjung ke nurseri ini untuk mendapatkan pokok-pokok hiasan dan peralatan berkebun. Apa yang menariknya tentang tapak semaian ini ialah ia menyediakan perkhidmatan mencuci kereta. Bagi pengunjung yang ingin membeli bunga dan mencuci kereta, bolehlah meninggalkan kereta anda sebentar untuk dicuci sambil anda meninjau nurseri ini.

Terdapat pelbagai jenis pokok dari yang jenis berbunga , berbuah sehinggalah kepada pokok hiasan bersaiz besar dan segala keperluan asas pertanian dan lanskap boleh diperolehi di sini.


Tapak semaian ini juga menyediakan perkhimatan Landskap seni taman, seperti hiasan taman, menanam rumput, senggaraan taman dan lain-lain.
Untuk makluman, bagi mewujudkan rumah kediaman yang kondusif dan menarik, seni taman dan landskap juga merupakan salah satu kategori penjagaan rumah yang perlu di beri perhatian.

Anda juga boleh memperolehi produk kami ‘IMPRA™ Home Gardening’, di tapak semaian ini. 


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.

Monday 10 March 2014

Takziah kepada seluruh keluarga penumpang2 pesawat MH370,..


Thursday 6 March 2014

ROHA’S RIZQI NURSERY

GROUND FLOOR, PINTU SELATAN, SACC MALL, SHAH ALAM.
NO. TEL : 012-5541448


Anda suka membeli belah sambil membeli barangan untuk berkebun? Jangan risau. Anda pasti dapat melakukan aktiviti yang anda sukai ini di SACC Mall Shah Alam.
Kepada yang suka bercucuk tanam atau gemar menghiasi ruang landskap anda, di sini terdapat sebuah nurseri iaitu Roha’s Rizqi Nursery. Pelbagai Pokok bunga dan
pokok hiasan terdapat di sini.


Nurseri ini terletak  di “Ground Floor, Pintu Selatan” SACC Mall di tengah-tengah pusat bandaraya Shah Alam, yang mana menempatkan pelbagai kedai-kedai runcit dan kedai membeli-belah seperti produk isi rumah, restoran dan banyak lagi.


Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan jika singgah di nurseri ini. Selain membeli-belah, anda juga boleh memilih untuk bersiar-siar di Taman Tasik Shah Alam yang berada berdekatan di mana anda boleh berjalan-jalan dan menikmati keindahan alam semula jadi bersama keluarga.

Selain daripada pelbagai jenis pokok dan peralatan berkebun, anda juga boleh memperolehi produk kami ‘IMPRA™ Home Gardening’, di sini.


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.