Monday 21 July 2014

AMMAR ZAHRAA ENTERPRISE

NO 2025 JALAN GURUN SG PETANI,

KAMPUNG BARU RISDA GURUN, 08300 KEDAH

NO. TEL   : EN FADZIL (019-2566614)


GPS :  5.79964, 100.48018


            Bagi pencinta tanaman hiasan yang berada di Gurun, Kedah, kali ini kami akan singkapkan sedikit tentang sebuah nurseri yang wajib anda kunjungi. Nurseri yang kami maksudkan ialah Ammar Zahraa Enterprise.


            Keindahan nurseri yang dilatari dengan pelbagai tanaman seperti orkid dengan warna yang menyerlah dan menarik perhatian, sudah tentu membuatkan anda teruja dan ingin meninjau persekitaran nurseri dengan lebih mendalam.  Nurseri ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Mei 2013 dan menjual pelbagai jenis tanaman hiasan, anak pokok, benih, pasu bunga dan kemudahan berkebun yang lain.



Bagai melangkah ke syurga tanaman hiasan, Ammar Zahra turut menjual pelbagai aksesori untuk taman mini anda seperti batu selet, , mini fountain dan kerusi batu konkrit. Mini fountain yang dijual disini bukan sahaja boleh didapati dalam pelbagai saiz, malah rekaan terkininya bakal menghidupkan suasana laman anda. Selain daripada itu, mereka turut menjual kerusi batu konkrit yang sesuai digunakan untuk beristirahat sambil bersantai di laman .

Fibre Mini Mountain



Batu Selet


Contoh penggunaan batu selet

            Antara yg unik tentang Ammar Zahraa Enterprise ialah mereka menjual sejenis bekas air tanah liat yang dibuat menggunakan teknik labu sayong. Kelebihan bekas tanah liat ini ialah menghilangkan bau air.  Selain menyejukkan air secara semulajadi, bekas ini juga secara tak langsung  menapis air dengan menyerap bau dan bahan asing dalam air .Bekas tanah liat yang seakan-akan tempayan ini sangat unik dan menarik perhatian pengunjung untuk memilikinya.


            Jika anda ingin mendapatkan produk ImPra, ayuh dapatkan disini kerana Ammar Zahraa turut menjual produk bermutu kami disana .


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini