Sunday 8 January 2017

Indoor Plant

zamioculcas zamifolia

INDOOR PLANT WAJIB ADA DALAM SETIAP KEDIAMAN!!
***************************************************************************

Adakah anda tahu, pentingnya indoor plant dalam setiap kediaman?
Selain berfungsi sebagai perhiasan, indoor plant juga memberi banyak faedah pada kita. Antara kebaikan  adalah:
1) Memudahkan pernafasan.
-> manusia menyedut oksigen & melepaskan karbon dioksida. Tumbuhan pula menyerap karbon dioksida yang di lepaskan oleh manusia serta membebaskan oksigen.
** Proses fotosintetis ini akan menjadikan udara lebih sihat & stabil. **
nephrolepis exaltata

2) Membebaskan air.
-> kitaran proses fotosintetis ini akan menghasilkan air dalam bentuk wap kelembapan. Tumbuhan akan membebaskan 97% dari air yang diserap.
** anda dapat meningkatkan kelembapan di dalam rumah **


philodendron spp
3) Membantu meningkatkan tahap kesihatan
 -> Jika meletakkan tumbuh-tumbuhan di dalam bilik pesakit, dapat membantu mengurangkan masalah jantung & tekanan darah. Jika di dalam pejabat, dapat membantu mengurangkan tahap keletihan, sakit kepala dan lain-lain.


phoenis roebelinii 



4) Menajamkan fokus
 ->  Kualiti & jumlah oksigen yang terdapat pada indoor plant ini boleh memberikan fokus sebanyak 70% pada pelajar @ pekerja yang di kelilingi tumbuhan hijau.

sansevieria (lidah mak mertua)