GPS : 5.79964, 100.48018
Bagi
pencinta tanaman hiasan yang berada di Gurun, Kedah, kali ini kami akan
singkapkan sedikit tentang sebuah nurseri yang wajib anda kunjungi. Nurseri yang kami maksudkan ialah Ammar Zahraa Enterprise.
Keindahan
nurseri yang dilatari dengan pelbagai tanaman seperti orkid dengan warna yang
menyerlah dan menarik perhatian, sudah tentu membuatkan anda teruja dan ingin
meninjau persekitaran nurseri dengan lebih mendalam. Nurseri ini telah dibuka secara rasmi pada 1
Mei 2013 dan menjual pelbagai jenis tanaman hiasan, anak pokok, benih, pasu
bunga dan kemudahan berkebun yang lain.
Bagai
melangkah ke syurga tanaman hiasan, Ammar Zahra turut menjual pelbagai aksesori
untuk taman mini anda seperti batu selet, , mini fountain dan kerusi batu
konkrit. Mini fountain yang dijual disini bukan sahaja boleh didapati dalam
pelbagai saiz, malah rekaan terkininya bakal menghidupkan suasana laman anda. Selain
daripada itu, mereka turut menjual kerusi batu konkrit yang sesuai digunakan untuk
beristirahat sambil bersantai di laman .
|
Fibre Mini Mountain |
|
Batu Selet |
|
Contoh penggunaan batu selet |
Antara
yg unik tentang Ammar Zahraa Enterprise ialah mereka menjual sejenis bekas air tanah liat yang dibuat menggunakan teknik
labu sayong. Kelebihan bekas tanah
liat ini ialah menghilangkan bau air.
Selain
menyejukkan air secara semulajadi, bekas ini juga secara tak
langsung menapis
air dengan menyerap bau dan bahan asing dalam air .Bekas tanah liat yang
seakan-akan tempayan ini sangat unik dan menarik perhatian pengunjung untuk
memilikinya.
Jika
anda ingin mendapatkan produk ImPra, ayuh dapatkan disini kerana Ammar Zahraa
turut menjual produk bermutu kami disana .
|