Soalan Lazim


Berapa jenis produk yang terdapat di dalam rangkaian produk IMPRA?

Rangkaian produk IMPRA mensasarkan kepada dua golongan pengguna berbeza iaitu:

i) IMPRA Concentrated – Baja semburan serbaguna untuk pengguna komersil seperti ladang dan kawasan pertanian

ii) IMPRA Home gardening – Disesuaikan untuk kegunaan isirumah yang mengandungi set lengkap penjagaan tanaman iaitu:

a) Impra Agro-Spray – Baja semburan untuk pertumbuhan dan pembesaran tanaman

b) Impra Orchid-Mate – Baja semburan untuk menggalakkan pembungaan

c) Impra Anti-Pest – Racun organik untuk menghindar serangga perosak dan penyakit

Bagaimanakah cara untuk menggunakan produk semburan IMPRA?

Produk semburan IMPRA dihasilkan dalam bentuk cecair dan cara penggunaannya hanyalah dengan menyemburkannya keseluruh daun tanaman sahaja.

Berapa kali semburan diperlukan?
Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, disarankan semburan baja IMPRA dibuat dalam tempoh 1 hingga 2 minggu sekali manakala semburan racun organik setiap 3 hari sekali.

Mengapakah baja IMPRA disembur pada daun dan apakah kelebihannya?
Baja IMPRA adalah baja cecair yang sangat sesuai disemburkan pada daun kerana penyerapan nutriennya adalah lebih cepat berbanding melalui akar dan batang.

Kelebihan baja cecair ialah kadar penyerapannya yang lebih cepat dan dapat diserap sepenuhnya keseluruh tanaman berbanding dengan jenis baja yang lain.

Adakah semburan organik Impra Anti-Pest merupakan racun merbahaya?
Semburan organik Impra Anti-Pest tidak merbahayakan kesihatan serta selamat untuk kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Ia merupakan racun organik penghalang serangga dan kulat yang difomulasi daripada bahan tanaman tempatan seperti cili, serai wangi dan lain-lain.

Bagaimanakah penggunaan yang betul untuk Impra Anti-Pest dan bagaimanakah ia bertindak?
Penggunaan yang betul bagi impra anti-pest ialah menyembur keseluruh daun tanaman setiap tiga hari sekali. Untuk keberkesanan yang maksimum, sembur sebelum tanaman terkena serangan penyakit atau serangga. Jika terkena serangan penyakit, bahagian yang terkena jangkitan hendaklah dimusnahkan bagi mengelakkan ia merebak ketempat lain. Oleh kerana itulah disarankan menyembur sebelum tanaman diserang penyakit atau serangga perosak.

Bolehkah racun kulat dan serangga dicampurkan dengan baja IMPRA untuk disembur?
Ya, racun kulat dan serangga boleh dicampurkan dengan baja IMPRA ketika hendak menyembur.

Bolehkah baja kering dan cecair dicampurkan bersama?
Baja kering dan cecair tidak boleh digunakan bersama-sama untuk mengelakkan keterlebihan zat dan merbahaya kepada tanaman. Jarakkan penggunaan baja sekurang-kurangnya seminggu atau ikut arahan yang diberikan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk penyemburan produk IMPRA?
Produk IMPRA sesuai disembur pada waktu pagi dan petang. Masa yang diambil oleh pokok untuk menyerap baja yang telah disembur ialah di antara 30 minit hingga 1 jam. Pastikan masa penyemburan tidak menunjukkan hujan akan turun dalam jangka masa terdekat.


Selain dari semburan, apakah kaedah pengunaan baja IMPRA?
Selain daripada semburan, baja IMPRA juga boleh digunakan dengan cara ‘gali dan tanam’ iaitu dengan membuat tiga lubang dengan jarak kira-kira satu kaki dari batang di tiga penjuru pokok. Jika menggunakan cara ini, kandungan baja tidak perlu dicampurkan dengan air. Sebaliknya, sukatan yang diperlukan ialah kira-kira 10- 15 ml baja IMPRA Concentrated untuk setiap lubang tanpa dicampurkan dengan air.

Dimanakah boleh didapati produk IMPRA Home Gardening?
Tiga jenis produk IMPRA Home Gardening iaitu Impra Agro-Spray, Impra Orchid-Mate, dan Impra Anti-Pest boleh didapati di pasaraya besar Giant serta nurseri-nurseri berhampiran anda.




No comments :

Post a Comment