Friday, 21 November 2025

Tanah Kompos Campuran: Kebaikan Media Tanaman 6 Dalam 1

 Tanah kompos campuran semakin menjadi pilihan ramai penggemar tanaman – daripada pekebun di rumah, nurseri, hinggalah ke pengusaha landskap. Ini kerana media tanaman moden kini bukan sekadar “tanah hitam”, tetapi gabungan bahan organik dan mineral yang dirumus khas untuk prestasi akar dan pertumbuhan yang lebih optimum.

Salah satu contoh terbaik ialah media campuran 6 dalam 1 seperti Tanah Biosoil, yang menggabungkan nutrisi lengkap, struktur tanah yang baik, serta unsur biologi bermanfaat.



Apa Itu Tanah Campuran 6 Dalam 1?

Tanah media premium ini biasanya mengandungi kombinasi seperti:

Setiap bahan memberi fungsi khusus, membentuk media yang seimbang dari segi kelembapan, pengudaraan, penyimpanan nutrisi, dan kekuatan akar.



Kebaikan Tanah Kompos Campuran 6 Dalam 1

1. Menyimpan Air Dengan Lebih Baik

Kompos dan cocopeat menyerap air berkali ganda, membolehkan tanah kekal lembap lebih lama.
Kurang siram, akar kekal stabil.

2. Pengudaraan Akar Optimum

Bahan seperti perlite atau pasir halus memastikan tanah tidak padat.
→ Akar mudah bernafas, cepat bercambah dan mengelakkan akar reput.

3. Kaya Nutrisi Semula Jadi

Kompos mengandungi nitrogen, fosforus, kalium serta mineral mikro.
→ Tanaman membesar lebih cepat dan sihat tanpa kebergantungan baja berlebihan.

4. Mengurangkan Risiko Penyakit Tanah

Media campuran premium biasanya telah melalui proses kawalan kualiti.
→ Bebas patogen & kulat membahayakan akar.

5. Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Tanaman

Sayur, herba, pokok bunga, anak pokok, buah dalam pasu — semua boleh menggunakan media 6 dalam 1.
→ Satu tanah untuk semua kegunaan.

6. Lebih Ringan & Mudah Diurus

Tidak berat seperti topsoil biasa.
→ Lebih mudah untuk dipindah, diangkat, dan digunakan dalam pasu besar.


Mengapa Pilih Tanah Seperti Biosoil?

Tanah Biosoil terkenal sebagai salah satu formulasi 6 dalam 1 yang stabil dan konsisten sejak 2014. Ia digunakan secara meluas di:
✓ Nurseri
Hardware shop
✓ Pekebun rumah
Ladang kecil
✓ Dijual secara online melalui platform Shopee, Lazada dan Tiktok

Dengan kandungan organik tinggi dan struktur yang seimbang, ia membantu pengguna mendapat hasil tanaman yang lebih subur tanpa teknik rumit.


Kesimpulan

Jika anda mahu tanaman tumbuh lebih cepat, daun lebih hijau, akar lebih sihat, dan kurang masalah tanah — tanah kompos campuran 6 dalam 1 adalah pilihan terbaik. Media seperti Tanah Biosoil membuktikan bahawa formulasi seimbang memainkan peranan penting dalam kejayaan tanaman, sama ada untuk hobi ataupun komersial.

Untuk penduduk bandar seperti di Kuala Lumpur - Shah Alam - Putrajaya dan sekitar, boleh pesan sahaja pakej tanah hitam organik biosoil dengan penghantaran percuma terus ke rumah. Untuk info lanjut, boleh tekan butang di bawah..

<Klik> untuk info @ Whatsapp kami










Monday, 11 March 2024

TIPS PENJAGAAN BROMELIAD

 


Bromeliad adalah sejenis tumbuhan epifit, asalnya hidup menumpang pada tumbuhan lain, di atas tanah, di celahan batu atau di tepi-tepi tebing gunung. Oleh kerana bentuk, warna dan corak yang menarik, disamping memerlukan hanya sedikit penyelenggaraan, bromeliad telah menjadi satu tanaman hiasan yang semakin popular. Walau sebahagiannya hidup menumpang, namun ia tidak mendapatkan makanan daripada tumbuhan yang ditumpanginya (bukan parasit). Tumbuhan ini mendapat air dan nutrien dari udara, air hujan, dan juga sisa-sisa disekeliling mereka.


Bromeliad adalah tumbuhan yang berkembang dengan perlahan, dan kebanyakannya hanya akan berbunga sekali saja dalam hidup mereka. Mereka juga tumbuh dengan jangka hayat yang pendek, dan kebanyakan bromeliad akan mati selepas berbunga. Kebiasaannya, induk akan menghasilkan banyak anak pokok sebelum mati.


Tidak seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan, bromeliad tidak mendapat nutrien dari akar. Akar digunakan untuk menaikkan diri mereka kepada sokongan yang lebih kuat. Oleh kerana mereka mengambil nutrien dan air melalui daun, cara penyiraman dan media tanaman bromeliad memainkan peranan yang sangat penting.

 

CARA PENJAGAAN

Bromeliad tidak memerlukan sumber air melalui tanah, sebaliknya ia mempunyai ruang penyimpanan seperti tangki di pusat daun yang sentiasa perlu dipenuhi air. Selagi ada air segar di tangkinya, bromeliad akan hidup segar.


Amat penting untuk memastikan air dalam tangki bersih dan segar. Gantikan selalu dan pastikan air yang digunakan adalah air yang bebas dari bahan kimia seperti air hujan atau air yang ditapis.

Bromeliad sangat sukakan kelembapan. Daunnya akan menjadi lebih berkilat didalam kelembapan yang tinggi seperti pada musim hujan. Namun pastikan tiada air yang bertakung di dalam media tanaman pokok hiasan ini. Media tanaman yang paling sesuai untuk bromeliad adalah sabut, arang atau serpihan kayu.

 

PENCAHAYAAN

Bromeliad tidak memerlukan cahaya yang terang. Cahaya matahari langsung boleh membakar daun. Untuk hasil yang terbaik, letakkan bromeliad anda di tempat di mana ia mendapat cahaya sederhana dan sedikit terang seperti dibawah net hitam, bawah pokok atau bumbung.

 

PEMBAJAAN

Berita baik buat semua, bromeliad tidak memerlukan baja. Bromeliad tumbuh secara semulajadi dengan subur, meletakkan baja tidak semestinya akan membantu mereka tumbuh lebih cepat. Tetapi, seperti tumbuhan lain bromeliad akan mendapat manfaat daripada nutrien tambahan. Sekiranya anda ingin membaja bromeliad anda, gunakan baja yang sesuai untuk pertumbuhan.

Pastikan hanya menggunakan baja cecair organik, kerana bromeliad sangat sensitif terhadap bahan kimia.

Harga tumbuhan ini agak mahal, namun kerana penjagaannya yang mudah, kos penyelenggaraan dapat dikurangkan. So guys, tepuk dada tanya selera…

 

#ImpraPlantCare

Saturday, 2 March 2024

Tanaman Yang Ambil Masa Singkat untuk DiTuai

 


Antara tanaman yang senang ditanam di sekitar rumah dan boleh makan hasil dalam masa yang singkat

1. Kacang Buncis

Biasanya ia memerlukan masa sekitar satu setengah hingga ke dua(2) bulan untuk membesar dengan baik. Anda boleh menanamnya dalam pasu atau di tepi pagar rumah, dan ia akan berkembang dengan subur jika mendapat cahaya matahari yang mencukupi.


2. Bayam

Bayam pula adalah salah satu tanaman yang cepat membesar. Dalam masa kira-kira 4 hingga 6 minggu selepas penanaman, anda sudah boleh mula memetik daun bayam segar untuk dimasak atau dimakan mentah seperti salad.


3. Ubi Kentang

Ubi kentang mengambil masa antara 2 hingga 3 bulan untuk mencapai kematangan penuh. Anda akan tahu ia sudah siap untuk dituai apabila daunnya mula mengering dan layu.


4. Salad

Daun salad paling senang untuk tanam, guna kotak polisterin dan letak tepi pintu belakang rumah pun dah boleh. Cuma tabur benih dalam lubang jarak 6-8 inci, dalam masa 1 bulan @ 4-6 minggu, anda dah boleh menikmati salad percuma dan segar dari belakang rumah atau di ruang balkoni anda.


Perlu diingatkan, penyiraman yang sesuai perlu dijaga untuk pembesaran pokok yang baik.

Boleh guna baja cecair Impra Impra Concentrated 1Liter – Impra Plant.Care.Solutions

untuk digunakan sebagai baja semburan dan dicampur dengan air siraman pada tanah.

Friday, 1 March 2024

LEBAH KELULUT : SERANGGA KECIL BESAR MANFAAT


Lebah kelulut atau kelulut adalah sejenis lebah yang bersaiz kecil dan tidak mempunyai sengat seperti lebah madu biasa. Mereka terkenal dengan aktiviti pengeluaran madu kelulut dan juga memainkan peranan penting dalam pembajaan dan pendebungaan tumbuhan. Berikut adalah beberapa kebaikan kelulut untuk tumbuhan:

Pendebungaan : Salah satu faedah utama kelulut ialah peranannya dalam pendebungaan tumbuhan. Kelulut yang mengumpul nektar dan debunga daripada bunga membantu dalam proses pendebungaan. Tanpa pendebungaan yang betul, tumbuhan tidak dapat menghasilkan buah atau biji yang diperlukan untuk pembiakan.

Pembajaan : Selain daripada pendebungaan, kelulut juga membantu dalam menyuburkan tumbuhan. Apabila kelulut mengeluarkan nektar dari bunga, mereka juga membawa debunga dari bunga ke bunga lain, secara semula jadi menyuburkan tumbuhan. Selain itu, madu kelulut juga mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan yang sihat.

Kecil dan Berkuasa : Kelulut mempunyai kelebihan kerana saiznya yang kecil membolehkan mereka menyilang bunga dengan lebih mudah berbanding lebah madu yang lebih besar. Ini menjadikan mereka lebih berkesan dalam pendebungaan tumbuhan yang mempunyai bunga kecil atau sukar untuk diakses oleh serangga yang lebih besar. 

Pertanian Organik : Perladangan organik semakin popular kerana kebimbangan tentang kesan bahan kimia dalam tumbuhan dan alam sekitar. Kelulut boleh digunakan dalam pertanian organik sebagai alternatif semula jadi untuk pendebungaan dan pembajaan tumbuhan, memberikan hasil tanaman yang lebih bersih dan bebas bahan kimia.



Kelestarian Habitat : Dengan membantu dalam pendebungaan dan pembajaan tumbuhan, kelulut juga berperanan dalam memelihara habitat. Tumbuhan yang menghasilkan buah yang baik menyediakan makanan untuk pelbagai haiwan dan serangga lain, membentuk rantai makanan yang mampan dalam ekosistem.

Merangsang Kepelbagaian Tumbuhan : Dengan membantu dalam pendebungaan, kelulut juga menyumbang kepada pertumbuhan dan kepelbagaian tumbuhan. Pendebungaan yang berjaya meningkatkan peluang untuk pembangunan benih dan penyebaran spesies tumbuhan yang berbeza, mengekalkan kepelbagaian genetik dalam ekosistem.

Madu Kelulut : Selain manfaat ekologinya, kelulut juga menghasilkan madu yang mempunyai nilai perubatan dan kesihatan yang tinggi. Madu kelulut dikatakan mengandungi pelbagai khasiat dan antioksidan yang baik untuk kesihatan manusia.

Secara keseluruhannya, kelulut memainkan peranan penting dalam ekologi tumbuhan dengan membantu dalam pendebungaan dan persenyawaan tumbuhan, menyumbang kepada pemeliharaan habitat dan kepelbagaian tumbuhan. Oleh itu, mengekalkan populasi kelulut adalah penting untuk kesihatan ekosistem dan kelestarian pertanian.

Saturday, 17 February 2024

Waktu yang Sesuai Untuk Menyiram Pokok

 


Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok sebenarnya berbeza-beza bergantung kepada jenis pokok, cuaca, dan persekitaran tempat tumbuh pokok tersebut. Tetapi secara am, terdapat beberapa petunjuk umum yang boleh diikuti.

Pertama sekali, waktu pagi adalah waktu yang terbaik untuk menyiram pokok. Ini kerana udara masih segar dan tanah belum terlalu panas, yang membolehkan pokok menyerap air dengan lebih baik.

Selain itu, menyiram pada waktu pagi membantu mengelakkan masalah kelembapan berlebihan yang boleh menyebabkan penyakit pada pokok.


Menyiram pokok pada waktu tengah hari kurang disarankan kerana pada masa itu suhu udara cenderung lebih panas dan sinar matahari lebih terik. Waktu tengah hari adalah ketika tanaman berada di bawah tekanan panas yang tinggi, dan menyiram pada masa ini boleh menyebabkan air cepat menguap sebelum dapat meresap ke dalam tanah atau mencapai akar pokok.

Selain itu, jika air menyentuh daun pada waktu sinar matahari sangat kuat, ia boleh menyebabkan daun terbakar kerana air bertindak sebagai lensa yang memfokuskan sinar matahari. Ini boleh merosakkan daun dan mengganggu proses fotosintesis.


Elakkan menyiram pokok pada waktu malam, terutamanya jika tanah atau pokok masih basah. Kelembapan tinggi pada waktu malam boleh menyebabkan tumbuhnya kulat dan penyakit pada pokok.

Selalu perhatikan keadaan pokok. Jika pokok kelihatan layu atau tanah terasa kering, itu mungkin petanda bahawa ia perlu disiram. Tetapi pastikan untuk tidak menyiram terlalu banyak kerana terlalu banyak air juga boleh merosakkan akar pokok.


Tuesday, 13 February 2024

Tips Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Rumah


 1.      Pencahayaan yang cukup.

Pastikan pokok mendapat pendedahan cahaya yang sewajarnya mengikut jenis pokok.


2.  Tanah yang subur & poros.

2.    Tanah dalam pasu mesti yang bersesuaian dengan pokok ‘indoor’, kebanyakan pokok hiasan dalam rumah memerlukan tanah yang poros air, iaitu tidak menakungkan air yang boleh menyebabkan akar mudah reput jika air berlebihan dalam kandungan tanah. Media tanah campuran seperti Biosoil Soilless 8 dlm 1 [https://shp.ee/lsh3vbl] sesuai untuk tanaman dalam rumah (indoor)  kerana bersifat poros air (good drainage).

 

3.     3. Baja yang sesuai

Pokok ‘indoor’ tidak memerlukan pembajaan yang banyak, cukup sekadar baja organik dan baja semburan dedaun. Baja Semburan seperti Impra Agro-Spray [https://shp.ee/cx1rvim] boleh digunakan membasahkan daun disamping memberi nutrient pada pokok.

 

4.      4. Cegah Serangga Perosak Sebelum kena

Persekitaran yang sejuk & selesa dalam rumah memudahkan pembiakan perosak bila melekat pada pokok. Jadi, digalakkan guna semburan anti serangga organic bagi mencegah perosak bertandang ke pokok hiasan kita. Semburan Organik Impra Anti Pest sesuai digunakan kerana tiada unsur racun, ie selamat digunakan sekitar rumah dan dapat mengelakkan kehadiran perosak. [Semburan Organik Impra anti-Pest boleh didapati di https://shp.ee/0knw8i9 ]

 

5.      5. Jaga Kebersihan Pokok

Debu akan mudah melekat pada pokok Indoor kerana tidak terkena air hujan seperti pokok biasa di luar rumah. Sekali sekala, daun pokok perlu dilap untuk membolehkan proses fotosintesis berlaku lebih optimum.

 

6.      6. Tukar pasu atau tanah.

Jika pokok telah membesar atau akar mula timbul, perlu tukar pasu bersesuaian saiz pokok atau tambah tanah hitam untuk menutupi akar pokok. Media tanaman seperti Biosoil Soilless 8 Dlm 1 [https://shp.ee/k0hnqps]sesuai digunakan untuk pokok ‘indoor’ kerana poros air & dapat membaiki struktur tanah lama.

 

Wednesday, 3 January 2024

6 Cara Ini Untuk Melebatkan Bunga Kertas


Untuk membuat pokok bunga kertas menghasilkan bunga yang banyak, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan: 


1. Pemilihan tempat yang tepat: 

Pastikan bunga kertas ditempatkan di kawasan yang menerima banyak sinar matahari. Jika Anda menanam bunga kertas ini di lokasi yang teduh, maka pokoknya sukar berbunga. Bunga kertas memerlukan sekurang-kurangnya enam jam paparan sinar matahari langsung setiap hari.






2. Menyiram dengan cukup: 


Pastikan tanah tempat tumbuh bunga kertas selalu lembab dan menyerap air dengan baik. Menyiram tanaman 1-2 kali seminggu adalah cukup untuk menjaga tanah tetap lembab. Namun ia bergantung kepada keadaan persekitaran. Jika musim panas, perlu tingkatkan kadar penyiraman 








3. Pemberian baja: 


Memberikan baja secara rutin dapat membantu meningkatkan produksi bunga. Baja butiran (NPK Biru- 12/12/17) boleh diberikan sekitar sebulan sekali atau sesuai mengikut pensyoran baja. 

Disamping itu, sembur baja cecair pada daun pokok setiap 1-2 minggu.









4. Pemangkasan: 


Pemangkasan dapat membantu merangsang pertumbuhan tunas baru dan membantu menjaga bentuk dan ukuran tanaman yang diinginkan. Pemangkasan dilakukan dengan menghilangkan cabang atau daun yang sudah mati atau rosak. 









5. Perbanyakkan cabang dengan cantuman: 


Bunga kertas dapat diperbanyakkan dengan kaedah cantuman pada batang. Jika ingin mendapatkan
banyak bunga, perbanyaklah tanaman dengan cara ini, kerana tanaman hasil cantuman biasanya lebih cepat matang dan mudah berbunga. 








6. Perlindungan dari hama dan penyakit: 

Periksa secara rutin apakah tanaman terkena hama atau penyakit. Sembur racun organik seminggu sekali untuk mengelakkan serangan penyakit atau hama. Jika terdapat serangan, pangkas bahagian terkena penyakit & buang/bakar bahagian tersebut.


Dengan menjaga keadaan pertumbuhan tanaman dengan baik, memberikan perawatan yang tepat, dan mencegah serangan hama dan penyakit, maka bunga kertas akan tumbuh sihat dan menghasilkan bunga yang banyak. 






Untuk dapatkan baja semburan pelebat bunga :  https://shp.ee/x96ltwh

Untuk dapatkan racun organik penghalau serangga dan mencegah kulat : https://shp.ee/n5cm9md

Atau whatsapp untuk pembelian borong direct kilang : https://wa.me/message/SK75NBNYMIZ5K1