Friday, 5 February 2016
Friday, 1 January 2016
Friday, 27 November 2015
Selangor International Expo 2015
SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2015 will have an estimation up to 700 booths from different industries ranging from local to international companies, plus to showcase their latest products and services to attract potential buyers or spark the possibility of business collaborations.
This expo will be open from 10a.m. to 6p.m at 26 -27 Nov for registered trade owners only and 28 Nov open to public. Visit our booth at T08 and get special promotion for our home gardening products. Let's go and enjoy it!!!
Labels:
Event
Monday, 21 September 2015
Bio-Soil Tanah Kompos
Kami telah mengeluarkan produk terbaru iaitu bio-soil tanah kompos yang semakin hangat di pasaran. Tanah ini sesuai untuk semua jenis tanaman dan tidak perlu mencampurkan dengan tanah yang lain.
Selain itu,bio-soil juga dapat membaiki struktur tanah serta tidak memecahkan pasu. Oleh itu, campuran seimbang yang mengandungi tanah bakar, sabut kelapa, sekam padi, pasir sungai dan kaya dengan humus adalah sangat sesuai untuk menyimpan air.
Selain itu,bio-soil juga dapat membaiki struktur tanah serta tidak memecahkan pasu. Oleh itu, campuran seimbang yang mengandungi tanah bakar, sabut kelapa, sekam padi, pasir sungai dan kaya dengan humus adalah sangat sesuai untuk menyimpan air.
Salah satu pelanggan kami telah menggunakan bio-soil tanah kompos yang berada di D'Lakeside Garden Centre, Jalan Besar/Jalan Ayer Hitam, 43800 Dengkil, Selangor.
Labels:
Info Produk
Tuesday, 9 September 2014
POKOK KETUMPANG AIR (Pepperomia Pelucida)
Pokok ketumpang air atau nama saintifiknya pepperomia
pelucida adalah sejenis tumbuhan yang boleh dikategorikan sebagai tumbuhan herba
kerana khasiatnya yang tersendiri di dalam mengubati penyakit. Oleh kerana
pokok ini tumbuh merata di kawasan-kawasan lembap seperti di tepi-tepi
longkang, dan di dalam pasu bunga, ramai yang tidak menyangka bahawa tumbuhan
ini mempunyai banyak khasiat.
Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di
dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout dan mengatasi masalah buah
pinggang. Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan
penahan sakit
Selain daripada menjadi bahan utama di dalam masakan, ia
juga sesuai dibuat salad dan juga the dengan mengeringkan daunnya.
Monday, 21 July 2014
AMMAR ZAHRAA ENTERPRISE
| NO 2025 JALAN GURUN SG PETANI, | |||||
| |||||
| |||||
Labels:
Info Nurseri
Tuesday, 17 June 2014
KHAZANAH RIMBA JAYA ENTERPRISE
| NO. 1570 2/4A, TANJUNG MINYAK JAYA,JALANTANJUNG MINYAK, 75250 MELAKA NO. TEL : 012-6874430 (PN. PARIDAH) | |
Bagi anda yang berada di Melaka, hari ini kami akan
kongsikan sebuah nurseri yang menarik untuk anda kunjungi. Terletak di Tanjung
Minyak, Melaka , Khazanah Rimba Jaya terletak di kawasan yang agak strategik dan agak mudah ditemui oleh para pengunjung.
Tarikan
utaman nurseri ini ialah orkid hybrid.
Mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui atau jarang didedahkan
dgn orkid hybrid. Secara am nya, Orkid hybrid
merujuk kepada orkid yang telah dikacukkan di antara sesama genus
atau sesama famili. Percaya atau tidak, orkid ini mempunyai haruman
berbeza mengikut bentuknya. Anda
wajib ke mari jika ingin menerokai lebih banyak tentang orkid hybrid yang istimewa ini.
Menghimpunkan pelbagai jenis tanaman hiasan dan orkid,
Khazanah Rimba Jaya menyusun atur nurseri mereka dengan begitu tersusun bagi memudahkan pengunjung untuk melewati
sekitar nursery. Khazanah Rimba Jaya turut menjual pelbagai jenis pasu bunga yang didatangkan dengan pelbagai bentuk dan rekaan sesuai dengan citarasa penggemar tanaman hiasan
Buat anda yang ingin mencuba produk IMPRA™ Home Gardening,, anda bolehlah ke Khazanah Rimba Jaya sambil mencuci mata melihat pemandangan tanaman hiasan yang menenangkan.
- Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini
Labels:
Info Nurseri
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)


















