Tuesday, 26 April 2016

Penangan IMPRA Orchid Mate








“Pokok orkid saya susah nak berbunga, jadi saya cuba Impra Orchid-Mate, sembur-sembur tengok pokok dah berbunga. Saya sangat berpuas hati” Puan Maimun,Seksyen 2 Shah Alam.











Inilah penangan Impra Orchid-Mate, baja cecair semburan terus untuk pembungaan. Sumber nutrient yang seimbang dan formula istimewa bagi mengaruh pembentukan bunga.
Boleh didapati di nurseri-nurseri dan pasaraya Giant yang terpilih.


Friday, 27 November 2015

Selangor International Expo 2015

SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2015 will have an estimation up to 700 booths from different industries ranging from local to international companies, plus to showcase their latest products and services to attract potential buyers or spark the possibility of business collaborations.
This expo will be open from 10a.m. to 6p.m at 26 -27 Nov for registered trade owners only and 28 Nov open to public. Visit our booth at T08 and get special promotion for our home gardening products. Let's go and enjoy it!!!

Monday, 21 September 2015

Bio-Soil Tanah Kompos

Kami telah mengeluarkan produk terbaru iaitu bio-soil tanah kompos yang semakin hangat di pasaran. Tanah ini sesuai untuk semua jenis tanaman dan tidak perlu mencampurkan dengan tanah yang lain.



Selain itu,bio-soil juga dapat membaiki struktur tanah serta tidak memecahkan pasu. Oleh itu, campuran seimbang yang mengandungi tanah bakar, sabut kelapa, sekam padi, pasir sungai dan kaya dengan humus adalah sangat sesuai untuk menyimpan air.



Salah satu pelanggan kami telah menggunakan bio-soil tanah kompos yang berada di D'Lakeside Garden Centre, Jalan Besar/Jalan Ayer Hitam, 43800 Dengkil, Selangor.

Tuesday, 9 September 2014

POKOK KETUMPANG AIR (Pepperomia Pelucida)




Pokok ketumpang air atau nama saintifiknya pepperomia pelucida adalah sejenis tumbuhan yang boleh dikategorikan sebagai tumbuhan herba kerana khasiatnya yang tersendiri di dalam mengubati penyakit. Oleh kerana pokok ini tumbuh merata di kawasan-kawasan lembap seperti di tepi-tepi longkang, dan di dalam pasu bunga, ramai yang tidak menyangka bahawa tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat.

Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout dan mengatasi masalah buah pinggang. Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit


Selain daripada menjadi bahan utama di dalam masakan, ia juga sesuai dibuat salad dan juga the dengan mengeringkan daunnya.

Monday, 21 July 2014

AMMAR ZAHRAA ENTERPRISE

NO 2025 JALAN GURUN SG PETANI,

KAMPUNG BARU RISDA GURUN, 08300 KEDAH

NO. TEL   : EN FADZIL (019-2566614)


GPS :  5.79964, 100.48018


            Bagi pencinta tanaman hiasan yang berada di Gurun, Kedah, kali ini kami akan singkapkan sedikit tentang sebuah nurseri yang wajib anda kunjungi. Nurseri yang kami maksudkan ialah Ammar Zahraa Enterprise.


            Keindahan nurseri yang dilatari dengan pelbagai tanaman seperti orkid dengan warna yang menyerlah dan menarik perhatian, sudah tentu membuatkan anda teruja dan ingin meninjau persekitaran nurseri dengan lebih mendalam.  Nurseri ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Mei 2013 dan menjual pelbagai jenis tanaman hiasan, anak pokok, benih, pasu bunga dan kemudahan berkebun yang lain.



Bagai melangkah ke syurga tanaman hiasan, Ammar Zahra turut menjual pelbagai aksesori untuk taman mini anda seperti batu selet, , mini fountain dan kerusi batu konkrit. Mini fountain yang dijual disini bukan sahaja boleh didapati dalam pelbagai saiz, malah rekaan terkininya bakal menghidupkan suasana laman anda. Selain daripada itu, mereka turut menjual kerusi batu konkrit yang sesuai digunakan untuk beristirahat sambil bersantai di laman .

Fibre Mini Mountain



Batu Selet


Contoh penggunaan batu selet

            Antara yg unik tentang Ammar Zahraa Enterprise ialah mereka menjual sejenis bekas air tanah liat yang dibuat menggunakan teknik labu sayong. Kelebihan bekas tanah liat ini ialah menghilangkan bau air.  Selain menyejukkan air secara semulajadi, bekas ini juga secara tak langsung  menapis air dengan menyerap bau dan bahan asing dalam air .Bekas tanah liat yang seakan-akan tempayan ini sangat unik dan menarik perhatian pengunjung untuk memilikinya.


            Jika anda ingin mendapatkan produk ImPra, ayuh dapatkan disini kerana Ammar Zahraa turut menjual produk bermutu kami disana .


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini