Tuesday, 11 February 2014

WARISAN CAHAYA SERI ENTERPRISE

No.1 & 2, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.
No. Tel : 012-6723626



Bagi memenuhi permintaan set penjagaan lengkap IMPRA Home Gardening di selatan tanahair, kini produk kami boleh didapati di tapak semaian Warisan Cahaya Seri Enterprise. Bagi anda yang berada berdekatan Bandar Baru Uda Johor Bahru, bolehlah singgah di sini. 


Untuk peminat dan yang baru berjinak-jinak untuk menghiasi ruang laman rumah dengan hiasan tumbuh-tumbuhan, tapak semaian ini menyediakan pelbagai jenis pokok dan peralatan berkaitan perkebunan. 




Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.









Sunday, 9 February 2014

HASIMAH NURSERY

Lot 51 & 52, Jalan Besar, Jalan Sg.Buloh-Subang, 47000 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 016-6120479 (Sima)



Jalan Sg Buloh – Subang atau lebih dikenali sebagai Selangor Green Lane tidak asing lagi bagi peminat pokok bunga dan lanskap. Jika kita melalui jalan besar ini, kita boleh melihat banyak tapak semaian di sepanjang perjalanan. Kemudahan seperti bahu jalan yang lebar memudahkan para pengunjung untuk berhenti singgah di kawasan ini.


Salah satu tapak semaian yang berada di Jalan Sg Buloh – Subang ini ialah Hasimah Nursery. Mempunyai kemudahan kawasan yang luas, tapak semaian ini menyediakan pelbagai jenis baja, kompos, pasu dan tumbuh-tumbuhan hiasan. Dari yang jenis berbunga , berbuah sehinggalah kepada pokok hiasan bersaiz besar. Boleh dikatakan semua yang anda perlukan untuk berkebun boleh diperolehi disini.


Selain pokok hiasan, Hasimah Nursery juga ada menjual pokok-pokok herba untuk ditanam di rumah. Di antara pokok herba yang terdapat di tapak semaian ini ialah pokok ulam raja, pegaga, kesum, cili, pudina, daun sup, daun ketumbar, kunyit,  dan bermacam-macam lagi.



Salah satu kelebihan tapak semaian ini yang membuatkan pelanggan sentiasa datang semula ialah khidmat nasihat yang diberi kepada setiap pelanggan dari sudut penggunaan baja dan racun serta penjagaan pokok bagi mendapatkan pokok yang sentiasa cantik dan segar di halaman rumah.

Anda juga boleh memperolehi produk kami ‘IMPRA™ Home Gardening’, di tapak semaian ini.

Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.

Monday, 27 January 2014

KF TAN TRADING

Lot 12728, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak.
No. Tel : 012-500 8882


Jika anda melalui jalan Kuala Kangsar ke Taiping, anda pasti akan melalui sebuah tapak semaian yang berada di tepi jalanraya iaitu KF TAN TRADING, dibuka dari seawal 8.00 pagi hingga 7.00 petang.


Selain daripada pelbagai jenis pokok dan peralatan berkebun, anda juga boleh memperolehi produk kami ‘IMPRA™ Home Gardening’, di sana.

Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.









Thursday, 23 January 2014

NILAI LANDSCAPE SDN BHD

LOT PT 6367, JALAN BBN 3/1, PUTRA NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN


Nilai Landskap Sdn. Bhd. mula menjalankan perniagaan nurseri dan landskap sejak 16 tahun yang lalu yang berpusat di Bandar Baru Nilai.

Melihat kepada peluang yang sangat luas di dalam perniagaan secara atas talian, Nilai Landscape menyediakan perkhidmatan pembelian online bagi sesiapa yang berminat namun tiada masa untuk mengunjungi pusat barang-barang pertanian tersebut. Sekarang para pelangan boleh membeli-belah pada bila-bila masa atau di mana sahaja yang mereka mahu di atas talian dengan mengunjungi portal http://nlandscape.com.my/index.php. Untuk makluman anda juga produk IMPRA™ Home Gardening (Semburan Terus) juga boleh diperolehi secara Online di laman sesawang ini.

Kepada anda yang ingin melihat sendiri produk jualan Nilai Landscape juga boleh terus mengunjungi tapak perniagaan mereka dan boleh membuat pelbagai pilihan barangan pertanian.


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.





Wednesday, 15 January 2014

CAHAYA NURSERY ENTERPRISE

NO1, JALAN USAHAWAN, SETAPAK KUALA LUMPUR.


Bagi warga kota yang suka bercucuk tanam atau gemar menghiasi ruang landskap anda, terdapat pelbagai pilihan tapak semaian dan landskap berhampiran dengan anda, antaranya Cahaya Nursery Enterprise yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.
Pelbagai alatan berkebun, pasu-pasuan, pokok bunga dan pokok hiasan terdapat di sini. Kemudahan tempat letak kereta yang selesa disediakan untuk kemudahan para pengunjung. Di sebelah tapak semaian ini juga terdapat sebuah kedai haiwan yang menjual binatang peliharaan dan makanan haiwan.



Untuk mendapatkan produk ‘IMPRA™ Home Gardening’, anda boleh memperolehinya di tapak semaian “CAHAYA NURSERY ENTERPRISE”.


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.




Tuesday, 14 January 2014

SURI NURSERY & TRADING

LOT 1115, LORONG TINI 2, JALAN PASIR HOR,
15100 KOTA BHARU, KELANTAN. 
NO. TEL : 09-764 2485/012-9464554



Jika anda melalui Jalan Pasir Hor, Kota Bahru Kelantan, terdapat satu tapak semaian yang tidak mungkin terlepas dari pandangan anda iaitu SURI NURSERY & TRADING. Nurseri ini menjual pelbagai jenis pokok dan segala keperluan asas pertanian dan lanskap. SURI NURSERY & TRADING dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang..


Di tapak semaian ini terdapat pelbagai jenis baja, kompos, pasu dan tumbuh-tumbuhan hiasan. Dari yang jenis berbunga , berbuah dan terdapat juga pokok-pokok bonsai yang pastinya tidak jemu dipandang mata sehinggalah kepada pokok hiasan bersaiz besar.



Anda juga boleh memperolehi produk kami ‘IMPRA™ Home Gardening’, di tapak semaian ini.


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.