| NO 2025 JALAN GURUN SG PETANI, | |||||
| |||||
| |||||
Monday, 21 July 2014
AMMAR ZAHRAA ENTERPRISE
Labels:
Info Nurseri
Tuesday, 17 June 2014
KHAZANAH RIMBA JAYA ENTERPRISE
| NO. 1570 2/4A, TANJUNG MINYAK JAYA,JALANTANJUNG MINYAK, 75250 MELAKA NO. TEL : 012-6874430 (PN. PARIDAH) | |
Bagi anda yang berada di Melaka, hari ini kami akan
kongsikan sebuah nurseri yang menarik untuk anda kunjungi. Terletak di Tanjung
Minyak, Melaka , Khazanah Rimba Jaya terletak di kawasan yang agak strategik dan agak mudah ditemui oleh para pengunjung.
Tarikan
utaman nurseri ini ialah orkid hybrid.
Mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui atau jarang didedahkan
dgn orkid hybrid. Secara am nya, Orkid hybrid
merujuk kepada orkid yang telah dikacukkan di antara sesama genus
atau sesama famili. Percaya atau tidak, orkid ini mempunyai haruman
berbeza mengikut bentuknya. Anda
wajib ke mari jika ingin menerokai lebih banyak tentang orkid hybrid yang istimewa ini.
Menghimpunkan pelbagai jenis tanaman hiasan dan orkid,
Khazanah Rimba Jaya menyusun atur nurseri mereka dengan begitu tersusun bagi memudahkan pengunjung untuk melewati
sekitar nursery. Khazanah Rimba Jaya turut menjual pelbagai jenis pasu bunga yang didatangkan dengan pelbagai bentuk dan rekaan sesuai dengan citarasa penggemar tanaman hiasan
Buat anda yang ingin mencuba produk IMPRA™ Home Gardening,, anda bolehlah ke Khazanah Rimba Jaya sambil mencuci mata melihat pemandangan tanaman hiasan yang menenangkan.
- Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini
Labels:
Info Nurseri
Sunday, 1 June 2014
KC LANDSCAPE
Lot 66, Selangor Green Lane, Jalan Subang-Shah Alam, 47000, Sg. Buloh, Selangor, Malaysia
Phone: 03 7496 2052 | Fax: 03 7496 2052
Mobile: 012 320 7717 (Kevin Chia) | 012 321 1127 (Jolene)
Email: kcland@gmail.com | Website: http://www.professional-landscaper.com/
- Di latar dengan warna warni tanaman hiasan sudah tentu memukau mata para pengunjung yang berkunjung ke K.C Landscape ini. Nurseri yang dibuka setiap hari ini beroperasi dari jam 8:00 pagi hingga 7:00 petang.
-
- Bermula dari sekadar minat pada tumbuh-tumbuhan, K.C Landscape mula membuka langkah dengan membina sebuah nurseri untuk tujuan berkongsi minat dengan tumbuh-tumbuhan pada orang ramai.
- K.C Landscape sudah bertapak selama 19 tahun sejak 30 Oktober 1995. Menyediakan perkhidmatan reka landskap, nurseri ini turut menyediakan khidmat nasihat buat mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang landskap. Selain daripada itu, nurseri ini turut mempelbagaikan perniagaan mereka dengan menjual pelbagai jenis tembikar, pasu dan alat-alat berkebun yang di import dari China.
-
- Bukan sahaja mereka landskap untuk orang persendirian, mereka juga mereka landskap secara komersial . Bagi yang berminat, sila rujuk link ini untuk melihat hasil kerja mereka yang sememangnya cantik dan mengagumkan http://professional-landscaper.com/gallery/gallery/
-
- K.C Landscape turut menyediakan perkhidmatan mereka landskap untuk vertical garden. Jenis tanaman baru ini sangat mesra alam dan dilihat mampu memberi impak yang baik sekiranya di letakkan di ruang kerja mahupun ruang tamu.
- Sambil meninjau persekitaran K.C Landscape yang mesra pengunjung dengan tanaman hiasan tergantung yang menyeri laman, produk "IMPRA HOME GARDENING" juga boleh didapati disini.
-
-
- Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini
Labels:
Info Nurseri
Monday, 21 April 2014
SUMMERVILLE NURSERY AND LANDSCAPE
PT. 34335, Jln Teluk Pulai, 41100, Klang, Selangor.
Tel: 012-2958911 / 012-3802207
Fax: 03-33738458
Tel: 012-2958911 / 012-3802207
Fax: 03-33738458
Disini kami ingi kongsikan satu lagi tapak
semaian dan landskap, iaitu SummerVille Nursery and Landscape terletak di Klang,
Selangor.
SummerVille
Nursery and Landscape telah ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai sebuah nurseri
runcit. Untuk makluman anda semua, Summerville Semaian juga merupakan anak syarikat
Green Scent Nursery and Landscape,
yang terletak di Muar, Johor.
Tapak semaian ini
menjual pelbagai tumbuh-tumbuhan pasu dan tergantung dari tanah rendah dan
Cameron Highlands, pokok-pokok, pokok renek dan rumput turf untuk landskap,
jenis pasu plastik dan periuk tanah liat, kolam air mini, batu-batu kecil, slabs dan bahan-bahan lain seperti baja,
tanah kompos dan peralatan berkebun. Di SummerVille juga ada menyediakan
pelbagai perkhidmatan hortikultur termasuk penyelenggaraan landskap luar dan
dalaman. Untuk lebih maklumat boleh layari laman sesawang http://www.summerville.com.my
.
Produk “IMPRA Home Gardening” juga boleh
diperolehi ditapak semaian ini.
Untuk
senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik
di sini.
Labels:
Info Nurseri
Monday, 24 March 2014
Wednesday, 19 March 2014
SHARM FERTIGASI
NO-41-A, KM 12, SIMPANG EMPAT, 06650, ALOR SETAR, KEDAH
NO. TEL : 019-4364 633/017-4999 132
NO. TEL : 019-4364 633/017-4999 132
Fertigasi merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture production system). Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti cili merah. Timun, melon, tomato, zukini, terung, kacang bendi, capsicum dan straberi yang sesuai menggunakan kaedah ini.
Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar bawaan tanah.
Teknologi penanam tanaman terpilih menggunakan kaedah fertigasi sekiranya dilaksanakan dengan betul menjanjikan pulangan balik modal pelaburan yang singkat. (info mardi)
Anda berminat untuk mencuba kaedah fertigasi untuk bercucuk tanam? Di dalam artikel ini kami ingin kongsikan bersama anda satu lagi tapak semaian di sebelah utara tanahair yang mengusahakan tanaman secara fertigasi iaitu Sharm Fertigasi di Simpang Empat, Alor Setar. Pengusaha tapak semaian ini iaitu En. Mohamad Hisham, mula menjadi usahawan sayur-sayuran fertigasi sejak tahun 2006.
Nurseri ini menempatkan pelbagai anak pokok termasuk sayur-sayuran seperti cili, terung, tomato, sawi dan lobak merah. Selain membekalkan anak pokok dan pokok, Sharm Fertigasi turut menjual pelbagai kelengkapan fertigasi seperti peralatan dan baja. Produk IMPRA juga boleh diperolehi ditapak semaian ini.
Labels:
Info Nurseri
Sunday, 16 March 2014
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)























