Tuesday, 9 September 2014

POKOK KETUMPANG AIR (Pepperomia Pelucida)




Pokok ketumpang air atau nama saintifiknya pepperomia pelucida adalah sejenis tumbuhan yang boleh dikategorikan sebagai tumbuhan herba kerana khasiatnya yang tersendiri di dalam mengubati penyakit. Oleh kerana pokok ini tumbuh merata di kawasan-kawasan lembap seperti di tepi-tepi longkang, dan di dalam pasu bunga, ramai yang tidak menyangka bahawa tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat.

Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout dan mengatasi masalah buah pinggang. Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit


Selain daripada menjadi bahan utama di dalam masakan, ia juga sesuai dibuat salad dan juga the dengan mengeringkan daunnya.

Monday, 21 July 2014

AMMAR ZAHRAA ENTERPRISE

NO 2025 JALAN GURUN SG PETANI,

KAMPUNG BARU RISDA GURUN, 08300 KEDAH

NO. TEL   : EN FADZIL (019-2566614)


GPS :  5.79964, 100.48018


            Bagi pencinta tanaman hiasan yang berada di Gurun, Kedah, kali ini kami akan singkapkan sedikit tentang sebuah nurseri yang wajib anda kunjungi. Nurseri yang kami maksudkan ialah Ammar Zahraa Enterprise.


            Keindahan nurseri yang dilatari dengan pelbagai tanaman seperti orkid dengan warna yang menyerlah dan menarik perhatian, sudah tentu membuatkan anda teruja dan ingin meninjau persekitaran nurseri dengan lebih mendalam.  Nurseri ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Mei 2013 dan menjual pelbagai jenis tanaman hiasan, anak pokok, benih, pasu bunga dan kemudahan berkebun yang lain.



Bagai melangkah ke syurga tanaman hiasan, Ammar Zahra turut menjual pelbagai aksesori untuk taman mini anda seperti batu selet, , mini fountain dan kerusi batu konkrit. Mini fountain yang dijual disini bukan sahaja boleh didapati dalam pelbagai saiz, malah rekaan terkininya bakal menghidupkan suasana laman anda. Selain daripada itu, mereka turut menjual kerusi batu konkrit yang sesuai digunakan untuk beristirahat sambil bersantai di laman .

Fibre Mini Mountain



Batu Selet


Contoh penggunaan batu selet

            Antara yg unik tentang Ammar Zahraa Enterprise ialah mereka menjual sejenis bekas air tanah liat yang dibuat menggunakan teknik labu sayong. Kelebihan bekas tanah liat ini ialah menghilangkan bau air.  Selain menyejukkan air secara semulajadi, bekas ini juga secara tak langsung  menapis air dengan menyerap bau dan bahan asing dalam air .Bekas tanah liat yang seakan-akan tempayan ini sangat unik dan menarik perhatian pengunjung untuk memilikinya.


            Jika anda ingin mendapatkan produk ImPra, ayuh dapatkan disini kerana Ammar Zahraa turut menjual produk bermutu kami disana .


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini





Tuesday, 17 June 2014

KHAZANAH RIMBA JAYA ENTERPRISE

NO. 1570 2/4A, TANJUNG MINYAK JAYA,JALANTANJUNG MINYAK, 75250 MELAKA

NO. TEL :  012-6874430 (PN. PARIDAH)


Bagi anda yang berada di Melaka, hari ini kami akan kongsikan sebuah nurseri yang menarik untuk anda kunjungi. Terletak di Tanjung Minyak, Melaka , Khazanah Rimba Jaya terletak di kawasan yang agak strategik dan agak mudah ditemui oleh para pengunjung.



Tarikan utaman nurseri ini ialah orkid hybrid.  Mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui atau jarang didedahkan dgn orkid hybrid. Secara am nya, Orkid hybrid  merujuk kepada orkid yang telah dikacukkan di antara sesama genus atau sesama famili. Percaya atau tidak, orkid ini mempunyai haruman berbeza mengikut bentuknya.  Anda wajib ke mari jika ingin menerokai lebih banyak tentang orkid hybrid yang istimewa ini.






Menghimpunkan pelbagai jenis tanaman hiasan dan orkid, Khazanah Rimba Jaya menyusun atur nurseri mereka dengan begitu tersusun bagi memudahkan pengunjung untuk melewati sekitar nursery. Khazanah Rimba Jaya turut menjual pelbagai jenis pasu bunga yang didatangkan dengan pelbagai bentuk dan rekaan sesuai dengan citarasa penggemar tanaman hiasan

Buat anda yang ingin mencuba produk IMPRA™ Home Gardening,, anda bolehlah ke Khazanah Rimba Jaya sambil mencuci mata melihat pemandangan tanaman hiasan yang menenangkan.




  • Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini

Sunday, 1 June 2014

KC LANDSCAPE

    Lot 66, Selangor Green Lane, Jalan Subang-Shah Alam, 47000, Sg. Buloh, Selangor, Malaysia
    Phone: 03 7496 2052 | Fax: 03 7496 2052
    Mobile: 012 320 7717 (Kevin Chia) | 012 321 1127 (Jolene)
    Email: kcland@gmail.com | Website: http://www.professional-landscaper.com/

  • Di latar dengan warna warni tanaman hiasan sudah tentu memukau mata para pengunjung yang berkunjung ke K.C Landscape ini. Nurseri yang dibuka setiap hari ini beroperasi dari jam 8:00 pagi hingga 7:00 petang.

  • Bermula dari sekadar minat pada tumbuh-tumbuhan, K.C Landscape mula membuka langkah dengan membina sebuah nurseri untuk tujuan berkongsi minat dengan tumbuh-tumbuhan pada orang ramai. 
  • K.C  Landscape sudah bertapak selama 19 tahun sejak 30 Oktober 1995. Menyediakan perkhidmatan reka landskap, nurseri ini turut menyediakan khidmat nasihat buat mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang landskap. Selain daripada itu, nurseri ini turut mempelbagaikan perniagaan mereka dengan menjual pelbagai jenis tembikar, pasu dan alat-alat berkebun yang di import dari China.

  • Bukan sahaja mereka landskap untuk orang persendirian, mereka juga mereka landskap secara komersial . Bagi yang berminat, sila rujuk link ini untuk melihat hasil kerja mereka yang sememangnya cantik dan mengagumkan http://professional-landscaper.com/gallery/gallery/

  • K.C Landscape turut menyediakan perkhidmatan mereka landskap untuk vertical garden. Jenis tanaman baru ini sangat mesra alam dan dilihat mampu memberi impak yang baik sekiranya di letakkan di ruang kerja mahupun ruang tamu. 
  • Sambil meninjau persekitaran K.C Landscape yang mesra pengunjung dengan tanaman hiasan tergantung yang menyeri laman, produk "IMPRA HOME GARDENING" juga boleh didapati disini.


  • Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini

Monday, 21 April 2014

SUMMERVILLE NURSERY AND LANDSCAPE

PT. 34335, Jln Teluk Pulai, 41100, Klang, Selangor.
Tel: 012-2958911 / 012-3802207
Fax: 03-33738458


Disini kami ingi kongsikan satu lagi tapak semaian dan landskap, iaitu SummerVille Nursery and Landscape terletak di Klang, Selangor.


SummerVille Nursery and Landscape telah ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai sebuah nurseri runcit. Untuk makluman anda semua, Summerville Semaian juga merupakan anak syarikat Green Scent Nursery and Landscape, yang terletak di Muar, Johor.

Tapak semaian ini menjual pelbagai tumbuh-tumbuhan pasu dan tergantung dari tanah rendah dan Cameron Highlands, pokok-pokok, pokok renek dan rumput turf untuk landskap, jenis pasu plastik dan periuk tanah liat, kolam air mini, batu-batu kecil, slabs dan bahan-bahan lain seperti baja, tanah kompos dan peralatan berkebun. Di SummerVille juga ada menyediakan pelbagai perkhidmatan hortikultur termasuk penyelenggaraan landskap luar dan dalaman. Untuk lebih maklumat boleh layari laman sesawang http://www.summerville.com.my .

Produk “IMPRA Home Gardening” juga boleh diperolehi ditapak semaian ini.
Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.






Wednesday, 19 March 2014

SHARM FERTIGASI

NO-41-A, KM 12, SIMPANG EMPAT, 06650, ALOR SETAR, KEDAH
NO. TEL : 019-4364 633/017-4999 132

Fertigasi merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture production system). Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti cili merah. Timun, melon, tomato, zukini, terung, kacang bendi, capsicum dan straberi yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar bawaan tanah.

Teknologi penanam tanaman terpilih menggunakan kaedah fertigasi sekiranya dilaksanakan dengan betul menjanjikan pulangan balik modal pelaburan yang singkat. (info mardi)

 Anda berminat untuk mencuba kaedah fertigasi untuk bercucuk tanam? Di dalam artikel ini kami ingin kongsikan bersama anda satu lagi tapak semaian di sebelah utara tanahair yang mengusahakan tanaman secara fertigasi iaitu Sharm Fertigasi di Simpang Empat, Alor Setar. Pengusaha tapak semaian ini iaitu En. Mohamad Hisham, mula menjadi usahawan sayur-sayuran fertigasi sejak tahun 2006. 


Nurseri ini menempatkan pelbagai anak pokok termasuk sayur-sayuran seperti cili, terung, tomato, sawi dan lobak merah. Selain membekalkan anak pokok dan pokok, Sharm Fertigasi turut menjual pelbagai kelengkapan fertigasi seperti peralatan dan baja. Produk IMPRA juga boleh diperolehi ditapak semaian ini.


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.