Untuk membuat pokok bunga kertas menghasilkan bunga yang banyak, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan:
1. Pemilihan tempat yang tepat:
Pastikan bunga kertas
ditempatkan di kawasan yang menerima banyak sinar matahari. Jika Anda menanam
bunga kertas ini di lokasi yang teduh, maka pokoknya sukar berbunga. Bunga
kertas memerlukan sekurang-kurangnya enam jam paparan sinar matahari langsung
setiap hari.
Pastikan tanah tempat tumbuh bunga kertas
selalu lembab dan menyerap air dengan baik. Menyiram tanaman 1-2 kali seminggu
adalah cukup untuk menjaga tanah tetap lembab. Namun ia bergantung kepada
keadaan persekitaran. Jika musim panas, perlu tingkatkan kadar penyiraman
3.
Pemberian baja:
Memberikan baja secara rutin dapat membantu meningkatkan
produksi bunga. Baja butiran (NPK Biru- 12/12/17) boleh diberikan sekitar sebulan sekali atau sesuai
mengikut pensyoran baja.
Disamping itu, sembur baja cecair pada daun pokok setiap 1-2 minggu.
4. Pemangkasan:
Pemangkasan dapat membantu merangsang
pertumbuhan tunas baru dan membantu menjaga bentuk dan ukuran tanaman yang
diinginkan. Pemangkasan dilakukan dengan menghilangkan cabang atau daun yang
sudah mati atau rosak.
5. Perbanyakkan cabang dengan cantuman:
Bunga kertas
dapat diperbanyakkan dengan kaedah cantuman pada batang. Jika ingin mendapatkan
banyak bunga, perbanyaklah tanaman dengan cara ini, kerana tanaman hasil cantuman biasanya lebih cepat matang dan mudah berbunga.
banyak bunga, perbanyaklah tanaman dengan cara ini, kerana tanaman hasil cantuman biasanya lebih cepat matang dan mudah berbunga.
6. Perlindungan dari hama dan penyakit:
Periksa secara rutin apakah tanaman terkena hama atau penyakit. Sembur racun organik seminggu sekali untuk mengelakkan serangan penyakit atau hama. Jika terdapat serangan, pangkas bahagian terkena penyakit & buang/bakar bahagian tersebut.
Dengan menjaga keadaan pertumbuhan tanaman
dengan baik, memberikan perawatan yang tepat, dan mencegah serangan hama dan
penyakit, maka bunga kertas akan tumbuh sihat dan menghasilkan bunga yang
banyak.
Untuk dapatkan baja semburan pelebat bunga : https://shp.ee/x96ltwh
Untuk dapatkan racun organik penghalau serangga dan mencegah kulat : https://shp.ee/n5cm9md
Atau whatsapp untuk pembelian borong direct kilang :
https://wa.me/message/SK75NBNYMIZ5K1
No comments :
Post a Comment