En.
Tanat merupakan seorang usahawan tani yang bergiat menjalankan aktiviti
penanaman sayur di sebuah kebun seluas beberapa ekar di tepi lereng bukit di
Jitra, Kedah. Kami diperkenalkan kepada beliau oleh seorang penduduk kampung
yang juga pengedar baja IMPRA di kawasan tersebut. Dengan kesempatan yang ada,
kami melawat beliau di kebunnya dan membuat pemerhatian tanaman yang
diusahakannya. Pada masa itu, kebun beliau dipenuhi dengan tanaman peria seluas
setengah ekar dan pokok peria di dalam peringkat pembesaran. Setelah diberi
penerangan oleh kami berkenaan kebaikan menggunakan baja cecair IMPRA, beliau
bersetuju untuk menggunakan IMPRA Concentrated ke atas tanaman peria yang
beliau usahakan tersebut. Kami menerangkan aturan penggunaan dan jadual
pembajaan yang perlu untuk memastikan hasil dapat dikeluarkan secara maksima
bagi meningkatkan pengeluaran.
Pokok masih hijau dan berbunga selepas 15 kali tuaian.
Selepas
sebulan, kami datang kembali ke kebun sayur beliau untuk melihat hasil
penggunaan baja cecair IMPRA Concentrated ke atas tanaman peria. Melihat kepada
senyuman yang diukir menyambut kedatangan kami, dapat diagak berita gembira
yang ingin disampaikannya. En. Tanat dengan nada ceria memberitahu kami bahawa
sayur perianya masih mengeluarkan bunga dan daun masih hijau walaupun sudah 15
kali mengutip hasil. Pada masa kedatangan kami pada hari tersebut adalah kali
ke 15 beliau mengutip hasil. Pada kebiasaannya, beliau hanya dapat mengutip
hasil paling maksima sembilan ke sepuluh kali. Beliau amat berpuas hati dengan
penggunaan baja cecair IMPRA Concentrated dan dengan hasil yang ditunjukkan
dengan pengeluaran bertambah hampir 50 peratus dari sebelumnya.
Nantikan
seterusnya cerita di sebalik kisah En. Tanat dengan kebun cilinya pula…
No comments :
Post a Comment