Tuesday, 13 February 2024

Tips Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Rumah


 1.      Pencahayaan yang cukup.

Pastikan pokok mendapat pendedahan cahaya yang sewajarnya mengikut jenis pokok.


2.  Tanah yang subur & poros.

2.    Tanah dalam pasu mesti yang bersesuaian dengan pokok ‘indoor’, kebanyakan pokok hiasan dalam rumah memerlukan tanah yang poros air, iaitu tidak menakungkan air yang boleh menyebabkan akar mudah reput jika air berlebihan dalam kandungan tanah. Media tanah campuran seperti Biosoil Soilless 8 dlm 1 [https://shp.ee/lsh3vbl] sesuai untuk tanaman dalam rumah (indoor)  kerana bersifat poros air (good drainage).

 

3.     3. Baja yang sesuai

Pokok ‘indoor’ tidak memerlukan pembajaan yang banyak, cukup sekadar baja organik dan baja semburan dedaun. Baja Semburan seperti Impra Agro-Spray [https://shp.ee/cx1rvim] boleh digunakan membasahkan daun disamping memberi nutrient pada pokok.

 

4.      4. Cegah Serangga Perosak Sebelum kena

Persekitaran yang sejuk & selesa dalam rumah memudahkan pembiakan perosak bila melekat pada pokok. Jadi, digalakkan guna semburan anti serangga organic bagi mencegah perosak bertandang ke pokok hiasan kita. Semburan Organik Impra Anti Pest sesuai digunakan kerana tiada unsur racun, ie selamat digunakan sekitar rumah dan dapat mengelakkan kehadiran perosak. [Semburan Organik Impra anti-Pest boleh didapati di https://shp.ee/0knw8i9 ]

 

5.      5. Jaga Kebersihan Pokok

Debu akan mudah melekat pada pokok Indoor kerana tidak terkena air hujan seperti pokok biasa di luar rumah. Sekali sekala, daun pokok perlu dilap untuk membolehkan proses fotosintesis berlaku lebih optimum.

 

6.      6. Tukar pasu atau tanah.

Jika pokok telah membesar atau akar mula timbul, perlu tukar pasu bersesuaian saiz pokok atau tambah tanah hitam untuk menutupi akar pokok. Media tanaman seperti Biosoil Soilless 8 Dlm 1 [https://shp.ee/k0hnqps]sesuai digunakan untuk pokok ‘indoor’ kerana poros air & dapat membaiki struktur tanah lama.

 

Wednesday, 3 January 2024

6 Cara Ini Untuk Melebatkan Bunga Kertas


Untuk membuat pokok bunga kertas menghasilkan bunga yang banyak, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan: 


1. Pemilihan tempat yang tepat: 

Pastikan bunga kertas ditempatkan di kawasan yang menerima banyak sinar matahari. Jika Anda menanam bunga kertas ini di lokasi yang teduh, maka pokoknya sukar berbunga. Bunga kertas memerlukan sekurang-kurangnya enam jam paparan sinar matahari langsung setiap hari.






2. Menyiram dengan cukup: 


Pastikan tanah tempat tumbuh bunga kertas selalu lembab dan menyerap air dengan baik. Menyiram tanaman 1-2 kali seminggu adalah cukup untuk menjaga tanah tetap lembab. Namun ia bergantung kepada keadaan persekitaran. Jika musim panas, perlu tingkatkan kadar penyiraman 








3. Pemberian baja: 


Memberikan baja secara rutin dapat membantu meningkatkan produksi bunga. Baja butiran (NPK Biru- 12/12/17) boleh diberikan sekitar sebulan sekali atau sesuai mengikut pensyoran baja. 

Disamping itu, sembur baja cecair pada daun pokok setiap 1-2 minggu.









4. Pemangkasan: 


Pemangkasan dapat membantu merangsang pertumbuhan tunas baru dan membantu menjaga bentuk dan ukuran tanaman yang diinginkan. Pemangkasan dilakukan dengan menghilangkan cabang atau daun yang sudah mati atau rosak. 









5. Perbanyakkan cabang dengan cantuman: 


Bunga kertas dapat diperbanyakkan dengan kaedah cantuman pada batang. Jika ingin mendapatkan
banyak bunga, perbanyaklah tanaman dengan cara ini, kerana tanaman hasil cantuman biasanya lebih cepat matang dan mudah berbunga. 








6. Perlindungan dari hama dan penyakit: 

Periksa secara rutin apakah tanaman terkena hama atau penyakit. Sembur racun organik seminggu sekali untuk mengelakkan serangan penyakit atau hama. Jika terdapat serangan, pangkas bahagian terkena penyakit & buang/bakar bahagian tersebut.


Dengan menjaga keadaan pertumbuhan tanaman dengan baik, memberikan perawatan yang tepat, dan mencegah serangan hama dan penyakit, maka bunga kertas akan tumbuh sihat dan menghasilkan bunga yang banyak. 






Untuk dapatkan baja semburan pelebat bunga :  https://shp.ee/x96ltwh

Untuk dapatkan racun organik penghalau serangga dan mencegah kulat : https://shp.ee/n5cm9md

Atau whatsapp untuk pembelian borong direct kilang : https://wa.me/message/SK75NBNYMIZ5K1

Sunday, 21 January 2018

USAH PELIK DENGAN NAMA BAJA FOLIAR.
.
Baja foliar adalah baja yang larut dalam air dan disembur terus kepada anak pokok. Semburan baja foliar merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk memberi nutrien kepada pokok kerana daun mampu menyerap nutrien menerusi stomata dan epidermis sel daun.

Kadar keberkesanan penggunaan baja foliar adalah 12% -25% lebih baik berbanding baja biji kerana sentuhan fizikal baja ke sel tumbuhan berlaku sepenuhnya.

Terdapat 2 jenis baja foliar iaitu baja foliar bukan organik dan baja foliar organik. Baja foliar organik ialah baja yang telah dicampurkan bahan nutrient dari sumber lautan dan diformulasikan dalam bentuk mudah serap oleh tumbuhan manakalan baja foliar bukan organik merupakan campuran unsur nitrogen, kalsium, boron, ferum, potassium yang disediakan oleh pihak pengeluar baja dalam bentuk cecair berkepekatan tinggi dan mudah serap oleh akar dan daun anak pokok.

Friday, 19 January 2018

Mencantikkan Ruang Sempit

Penduduk yang tinggal di kawasan bandar terutamanya di #pangsapuri atau #kondominium masih mampu berkebun walaupun ramai yang memberi alasan tiada ruang.
Kawasan agak terhad seperti balkoni, sudut dinding atau kolong udara masih mampu dimanfaatkan untuk dijadikan ruang tanaman.
Tanaman yang paling sesuai, sudah pasti tumbuhan berpasu atau gantung.
Anda boleh memilih beberapa jenis tumbuhan daripada dua hingga tiga jenis warna dan ulang penanaman untuk mencipta taman kecil anda.
Pengulangan adalah satu kaedah untuk mendapatkan reka bentuk menarik dan tidak serabut untuk sebuah taman kecil terutama balkoni.
Pokok #Orkid umpamanya sangat sesuai kerana ia mudah dijaga, memadai disembur saja dan ia tahan lama.
Pastikan tanaman anda digantung pada ketinggian melebihi paras pandangan mata tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penjagaan seperti menyiram dan memangkas dahannya.
Selain bunga, anda boleh juga mencuba untuk menanam herba tempatan, selain indah ia juga berkhasiat. Antaranya, pokok beluntas, bebuas, pandan dan lilipan.
Semua tanaman jenis ini juga sesuai untuk ditanam di ruang pejabat. Ia membantu menyegarkan dan menyihatkan.
*** Sila SHARE jika anda rasa ia bermanfaat
IMPRA HEBAT, HASIL MENINGKAT
#subur
#bajacecair
#impra
#hijau
#segar
#impraplantcaresolutions
#sayur-sayuran
#buah-buahan
#bunga
🌿🌿Anda berminat menanam pokok dan berkebun?? Perlukan tanah kompos yang berkualiti?? Dapatkan IMPRA BIO-SOIL untuk pokok dan tanaman anda. Berminat, tel/whatsapp Edy 012-2530508 @ click http://www.wasap.my/60122530508 @ kunjungi laman web kami www.impra.com.my

🌿🌿Atau, dapatkan secara online di:









Sunday, 8 January 2017

Indoor Plant

zamioculcas zamifolia

INDOOR PLANT WAJIB ADA DALAM SETIAP KEDIAMAN!!
***************************************************************************

Adakah anda tahu, pentingnya indoor plant dalam setiap kediaman?
Selain berfungsi sebagai perhiasan, indoor plant juga memberi banyak faedah pada kita. Antara kebaikan  adalah:
1) Memudahkan pernafasan.
-> manusia menyedut oksigen & melepaskan karbon dioksida. Tumbuhan pula menyerap karbon dioksida yang di lepaskan oleh manusia serta membebaskan oksigen.
** Proses fotosintetis ini akan menjadikan udara lebih sihat & stabil. **
nephrolepis exaltata

2) Membebaskan air.
-> kitaran proses fotosintetis ini akan menghasilkan air dalam bentuk wap kelembapan. Tumbuhan akan membebaskan 97% dari air yang diserap.
** anda dapat meningkatkan kelembapan di dalam rumah **


philodendron spp
3) Membantu meningkatkan tahap kesihatan
➡ -> Jika meletakkan tumbuh-tumbuhan di dalam bilik pesakit, dapat membantu mengurangkan masalah jantung & tekanan darah. Jika di dalam pejabat, dapat membantu mengurangkan tahap keletihan, sakit kepala dan lain-lain.


phoenis roebelinii 



4) Menajamkan fokus
 -> ➡ Kualiti & jumlah oksigen yang terdapat pada indoor plant ini boleh memberikan fokus sebanyak 70% pada pelajar @ pekerja yang di kelilingi tumbuhan hijau.

sansevieria (lidah mak mertua)

Tuesday, 13 September 2016

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan,
Selamat Hari Raya Aidiladha!

- anonymous

Thursday, 23 June 2016

POKOK PISANG TANDUK HELANG

==================
POKOK APA NI YE?👇
==================
➡Inilah pokok pisang tanduk helang. Pokok pisang tanduk ini ditanam menggunakan Impra bio-soil tanah kompos. Pemiliknya ialah Dr Md Yusof Husin, pengarah Hexagon Green Group.
➡Tanah yang boleh digunakan untuk menanam semua jenis tanaman dan tidak perlu di campur dengan tanah yang lain.
➡Anda tidak perlu bersusah payah untuk menanam pokok kesukaan anda. Hanya menggunakan Impra bio-soil tanah kompos dan pokok anda akan tumbuh dengan baik.
➡Jom menanam berbagai-bagai jenis tanaman menggunakan tanah bio-soil.
========================================================
DIMANA NAK DAPATKAN ANAK POKOK PISANG TANDUK HELANG NI?
========================================================
Kunjungilah Hexagon Green Group dialamat lot B6 – B8, Tanam Agroteknologi Bukit Changgang,Kuala Langat 42700 Banting, Selangor. Bunga-bungaaan cantik nan indah juga boleh di dapati di situ.