Thursday 9 January 2014

MANFAAT PELUK POKOK

Pernahkah anda melihat seseorang memeluk pokok? Pasti di dalam fikiran kita terus mengatakan ‘buang tebiat ke dia ni’ atau ‘takde kerja lain nak buat ke’. Tahukah anda kelebihan memeluk pokok? Berdasarkan penerbitan buku Blinded by Science oleh Matthew Silverstone, membuktikan bahawa memeluk pokok mampu memperbaiki tahap kesihatan seseorang yang menghidap penyakit mental, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), tahap konsentrasi, masalah tindakbalas, kemurungan dan pening kepala.

Banyak penyelidikan telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menampakkan kesan psikologi dan fisiologi yang ketara dari segi kesihatan dan keselesaan apabila mereka berinteraksi dengan tumbuh-tumbuhan. Kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak berfungsi dengan lebih baik dari segi kognitif dan emosi dalam persekitaran hijau dan mempunyai tahap kebolehan bermain yang lebih kreatif di dalam persekitaran tersebut.

Laporan kesihatan awam yang menyiasat hubungan antara kawasan hijau dan kesihatan mental membuat kesimpulan bahawa "akses kepada alam semulajadi boleh menyumbang kepada kesihatan mental dan kesannya kepada kesejahteraan dan kebahagiaan ". 

Sehingga kini keindahan alam semulajadi dianggap sebagai penyebab kepada peningkatan taraf kesihatan yang disebutkan di atas. Walau bagaimanapun , Matthew Silverstone, menunjukkan bahawa ia tiada kena mengena dengan persekitaran hijau tersebut. Beliau membuktikan bahawa sifat-sifat getaran pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhanlah yang memberi kita manfaat kesihatan dan bukannya persekitaran hijau . 

Blinded By Science menjawab bagaimana tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok memberi kesan fisiologi kepada kita. Hakikat sebenarnya bahawa segala-gala yang berada disekeliling kita bergetar, dan getaran yang berbeza memberi kesan kepada tingkah laku biologi. Penjelasannya adalah mudah, seperti yang telah dibuktikan bahawa jika kita meminum segelas air yang telah dirawat dengan getaran 10Hz, kadar pembekuan darah akan berubah serta-merta. Fenomena yang sama akan berlaku dengan pokok-pokok , apabila menyentuh pokok, getaran yang berbeza akan memberi kesan tingkah laku biologi di dalam badan.

Idea getaran yang dilemparkan oleh penulis di dalam buku ini disokong oleh beratus-ratus kajian saintifik untuk menyediakan bukti kukuh bahawa memeluk pokok bukanlah suatu idea yang gila sebenarnya. Bukan sahaja ia baik untuk kesihatan kita tetapi ia juga sebagai salah satu alternatif untuk menjadikan hidup kita lebih berkualiti.

Pastikan anda tidak lagi malu untuk memeluk pokok selepas ini. Cubalah.

No comments :

Post a Comment