Tuesday 17 June 2014

KHAZANAH RIMBA JAYA ENTERPRISE

NO. 1570 2/4A, TANJUNG MINYAK JAYA,JALANTANJUNG MINYAK, 75250 MELAKA

NO. TEL :  012-6874430 (PN. PARIDAH)


Bagi anda yang berada di Melaka, hari ini kami akan kongsikan sebuah nurseri yang menarik untuk anda kunjungi. Terletak di Tanjung Minyak, Melaka , Khazanah Rimba Jaya terletak di kawasan yang agak strategik dan agak mudah ditemui oleh para pengunjung.



Tarikan utaman nurseri ini ialah orkid hybrid.  Mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui atau jarang didedahkan dgn orkid hybrid. Secara am nya, Orkid hybrid  merujuk kepada orkid yang telah dikacukkan di antara sesama genus atau sesama famili. Percaya atau tidak, orkid ini mempunyai haruman berbeza mengikut bentuknya.  Anda wajib ke mari jika ingin menerokai lebih banyak tentang orkid hybrid yang istimewa ini.






Menghimpunkan pelbagai jenis tanaman hiasan dan orkid, Khazanah Rimba Jaya menyusun atur nurseri mereka dengan begitu tersusun bagi memudahkan pengunjung untuk melewati sekitar nursery. Khazanah Rimba Jaya turut menjual pelbagai jenis pasu bunga yang didatangkan dengan pelbagai bentuk dan rekaan sesuai dengan citarasa penggemar tanaman hiasan

Buat anda yang ingin mencuba produk IMPRA™ Home Gardening,, anda bolehlah ke Khazanah Rimba Jaya sambil mencuci mata melihat pemandangan tanaman hiasan yang menenangkan.




  • Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini

No comments :

Post a Comment