Wednesday 19 March 2014

SHARM FERTIGASI

NO-41-A, KM 12, SIMPANG EMPAT, 06650, ALOR SETAR, KEDAH
NO. TEL : 019-4364 633/017-4999 132

Fertigasi merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture production system). Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti cili merah. Timun, melon, tomato, zukini, terung, kacang bendi, capsicum dan straberi yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar bawaan tanah.

Teknologi penanam tanaman terpilih menggunakan kaedah fertigasi sekiranya dilaksanakan dengan betul menjanjikan pulangan balik modal pelaburan yang singkat. (info mardi)

 Anda berminat untuk mencuba kaedah fertigasi untuk bercucuk tanam? Di dalam artikel ini kami ingin kongsikan bersama anda satu lagi tapak semaian di sebelah utara tanahair yang mengusahakan tanaman secara fertigasi iaitu Sharm Fertigasi di Simpang Empat, Alor Setar. Pengusaha tapak semaian ini iaitu En. Mohamad Hisham, mula menjadi usahawan sayur-sayuran fertigasi sejak tahun 2006. 


Nurseri ini menempatkan pelbagai anak pokok termasuk sayur-sayuran seperti cili, terung, tomato, sawi dan lobak merah. Selain membekalkan anak pokok dan pokok, Sharm Fertigasi turut menjual pelbagai kelengkapan fertigasi seperti peralatan dan baja. Produk IMPRA juga boleh diperolehi ditapak semaian ini.


Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.

No comments :

Post a Comment